Sabtu, 23 April 2011

Pencuri kereta

Kes kecurian terdapat di mana-mana, merupakan satu kes yang susah untuk di bendung. Boleh dikatakan penjara penuh dengan pencuri. Tidak kira curi apa wang, barang kemas, syer syarikat atau pun mencuri lihat orang sedang mandi.

Mencuri merupakan satu tindakkan untuk mendapatkan satu-satu barang dengan cara mudah. Tidak perlu fikir di mana barang itu di jual, berapa harga, macam mana nak kumpul duit. Hanya perlu tunggu line clear dan curi. Dua langkah yang mudah.

Anda mungkin ingin melihat rupa pencuri dan aksi semasa meraka mencuri, mari kita lihat video berikut







Polis melakukan umpan kenderaan untuk menangkap mereka yang suka mencuri. Sebuah kenderaan di tinggalkan di parkir,di biarkan tidak berkunci dan kunci ditinggalkan didalam kenderaan.

Pencuri pertama telalu gembira berjumpa dengan kenderaan sedemikian rupa, sehinggkan terlupa bahawa dia tak pandai memandu.

Pencuri kedua pula, bukan main gembira sakan ketawa macam doctor evil apabila berjaya mencuri kenderaan. Sayangnya ia hanya satu kejayaan yang palsu apabila ia di tahan oleh polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan